Kongsi melalui


Sediakan Outlook 2003 untuk Capaian IMAP atau POP kepada Akaun E-Mel Anda

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2012-04-30

Anda boleh menyambung Outlook 2003 ke akaun e-mel anda menggunakan POP3 atau IMAP4. Tetapi, apabila anda menyambung ke akaun anda menggunakan POP3 atau IMAP4, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri kalendar dan kolaborasi lain yang boleh didapati apabila anda menyambung ke akaun anda menggunakan akaun Exchange.

Jika peti mel anda dalam persekitaran yang berasaskan awan (sebagai contoh, dalam Microsoft Office 365 untuk perusahaan atau Office 365 untuk profesional dan perniagaan kecil), dan anda mahu menyambung ke akaun anda dengan Outlook 2003, anda mesti memilih pilihan POP3 atau IMAP4 apabila anda menyediakan akaun anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sokongan untuk Outlook 2003, lihat Soalan Lazim "Boleh saya menggunakan Outlook 2003 untuk menyambung ke akaun e-mel saya?" dalam Soalan Lazim: Atur Cara E-Mel.

importantPenting:
Jika anda menggunakan Outlook 2003 dan peti mel anda tidak berada dalam persekitaran yang berasaskan awan, anda juga mungkin boleh menyambung ke akaun e-mel dengan akaun Exchange bukan melalui POP3 atau IMAP4. Menggunakan Exchange membenarkan anda menggunakan pengkalendaran dan sifat kerjasama lain yang anda tidak dapat gunakan jika anda menyambung menerusi IMAP4 atau POP3. Untuk maklumat lanjut, lihat "Apa lagi yang saya perlu lakukan?" kemudian dalam topik ini.

Bagaimana saya sediakan Outlook 2003 untuk capaian POP3 atau IMAP4 kepada akaun e-mel saya?

  1. Buka Outlook 2003. Jika halaman Outlook 2003 Startup tidak terbuka, lakukan yang berikut:

    1. Pada menu Alat, klik Akaun E-Mel.

    2. Pada halaman Akaun E-Mel, di bawah E-mel, klik Tambah akaun e-mel, dan kemudian, klik Seterusnya untuk pergi ke langkah 2.

    Jika halaman Outlook 2003 Startup terbuka apabila anda mulakan Outlook:

    1. Klik Seterusnya pada halaman pertama pendeta.

    2. Pada halaman Konfigurasi Akaun, klik Seterusnya sekali lagi.

  2. Pada halaman Jenis Pelayan, pilih IMAP atau POP3dan kemudian, klik Seterusnnya. Pertimbang untuk menggunakan IMAP kerana ia menyokong lebih ciri.

  3. Berikan maklumat yang berikut pada halaman Seting E-mel Internet:

    Di bawah Maklumat Pengguna:

    1. Dalam kotak Your Name, masukkan nama yang anda mahu pengguna lihat bila anda menghantar e-mel daripada akaun ini.

    2. Dalam kotak Alamat E-mel, masukkan alamat e-mel anda.

    Di bawah Maklumat Pelayan:

    1. Jika anda menggunakan IMAP, masukkan nama pelayan IMAP dalam kotak Pelayan mel masuk (IMAP). Jika anda menggunakan POP, masukkan nama pelayan POP dalam kotak Pelayan mel masuk (POP3). Untuk maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan POP3 atau IMAP4 masuk anda, lihat Mencari Seting Pelayan.

    2. Dalam kotak Pelayan mel keluar (SMTP) , masukkan nama pelayan SMTP. Untuk maklumat mengenai cara mencari nama pelayan SMTP keluar anda, lihat Mencari Seting Pelayan.

    Di bawah Maklumat Log Masuk:

    1. Dalam kotak Nama Pengguna, masukkan alamat e-mel anda.

    2. Dalam kotak Kata Laluan , masukkan kata laluan anda. Jika anda ingin Outlook mengingati kata laluan anda, pastikan kotak semakan bersebelahan dengan Ingat kata laluan dipilih.

      Nota

      Jangan pilih Log masuk menggunakan Pengesahan Kata Laluan Selamat (SPA).

  4. Pada bahagian bawah sebelah kanan halaman, klik Lagi Seting, dan kemudian isikan kotak dialog Seting E-mel Internet seperti berikut:

    1. Pada tab Umum, di bawah Akaun mel, taipkan nama yang anda ingin gunakan untu k akaun e-mel ini.

    2. Pada tab Pelayan Keluar , pilih Pelayan keluar (SMTP) saya perlukan pengesahan. Pastikan Gunakan seting yang sama sebagai pelayan mel masuk saya dipilih.

    3. Pada tab Lanjutan:

    • Di bawah Pelayan masuk (IMAP) atau Pelayan masuk (POP3), pilih kotak semak Pelayan ini memerlukan sambungan dipenyulitan (SSL).

    • Di bawah Pelayan keluar (SMTP), pilih kotak semak Pelayan ini memerlukan sambungan dipenyulitan (SSL) dan kemudian, klik OK.

    • Jika anda menggunakan POP3 dan anda mahu menyimpan salinan mesej anda pada pelayan, di bawah Penghantaran, klik Tinggalkan salinan mesej pada pelayan. Jika anda tidak memilih opsyen ini, semua mesej akan dialih keluar daripada pelayan dan disimpan secara tempatan pada komputer anda.

  5. Pada halaman Seting E-mal Internet (IMAP), klik Seterusnya.

  6. Pada halaman Tahniah klik Selesai.

  7. Jika anda menggunakan IMAP4 mesej muncul yang bertanya kepada anda sama ada anda ingin memuat turun folder untuk pelayan mel yang anda tambah. Klik Ya. Gunakan antara muka pengguna Outlook 2003 untuk memilih folder yang hendak disegerakkan di antara pelayan dan komputer tempatan anda dan kemudian, klik OK.

Mencari Seting Pelayan

Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda.

Tontoni video ini untuk mengetahui cara mencari seting pelayan anda bagi program e-mel POP atau IMAP anda.

Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting bagi capaian POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP serta seting lain yang mungkin anda perlu masukkan telah disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP dan Seting SMTP.

Nota

Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan program e-mel POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Jika anda tidak tahu sama ada untuk menggunakan POP3 atau IMAP4, pertimbangkan untuk menggunakan IMAP4 kerana ia menyokong lebih banyak ciri.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui POP3 atau IMAP4 akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan program POP3 atau IMAP4 anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika peti mel anda dalam persekitaran yang berasaskan awan, bagi pengalaman kolaborasi yang terbaik, kami cadangkan anda menyambung ke akaun anda dengan menggunakan Outlook Web App, atau melalui program e-mel yang menyokong capaian akaun Exchange seperti Outlook 2007, Outlook 2010, Apple Mail 10.6 Snow Leopard, Apple Mail 10.7 Lion, Edisi Perkhidmatan Web Entourage 2008, atau Outlook untuk Mac 2011. Menyambung ke akaun anda menggunakan POP3 dan IMAP4 tidak membenarkan anda menggunakan e-mel yang dipertingkatkan dan ciri-ciri kolaborasi yang disediakan apabila anda menyambung menggunakan akaun Exchange.

  • Jika anda pengguna Outlook 2003 dan peti mel anda tidak berada dalam persekitaran yang berasaskan awan, anda mungkin boleh menyambung ke akaun e-mel dengan menggunakan akaun Exchange bukan dengan menggunakan POP3 atau IMAP4. Menggunakan akaun Exchange membenarkan anda menggunakan pengkalendaran dan sifat kerjasama lain yang anda tidak dapati jika anda menyambung menerusi IMAP4 atau POP3.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?