Kongsi melalui


Menggunakan Outlook Voice Access

 

Digunakan bagi: Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange

Topik terakhir diubah suai: 2011-12-01

Outlook Voice Access adalah ciri yang membenarkan anda mendapatkan mesej e-mel daripada peti mel anda dengan menggunakan analog, digital atau telefon mudah alih. Anda boleh berinteraksi dengan peti mel Outlook Web App anda dengan menggunakan nada sentuh atau perintah suara.

Outlook Voice Access membenarkan anda:

  • Mendapatkan, mendengar, membalas, mencipta, dan mengemukakan suara atau mesej e-mel.

  • Dengar atau menukar maklumat kalendar.

  • Tukar opsyen peribadi, seperti menukar PIN anda

  • Hubungi atau hantar mesej suara pada kenalan peribadi.

Membaca dan Menilai E-mel

Anda boleh mendengar, membalas, mencipta, dan mengemukakan mesej e-mel belum dibaca menggunakan telefon. Sebagai contoh, jika anda menjangkakan mesej e-mel penting dan tidak mempunyai akses pada Internet, anda boleh menggunakan telefon mudah alih untuk mendail nombor yang anda gunakan untuk mengakses Outlook Akses Suara. Selepas anda memasukkan PIN dan mengatakan "E-mel", suara sistem mel akan mengakses peti mel anda dan membaca e-mel belum di baca anda. Sementara mesej e-mel dibaca kepada anda, anda boleh mengatakan salah satu perkara berikut:

  • "Balas" untuk menghantar penghantar tersebut.

  • "Balas semua" untuk membalas kepada semua penerima mesej.

  • "Kemukaka" untuk mengemukakan mesej kepada seseorang.

  • "Tandakan" untuk menandakan mesej untuk susulan.

  • "Sembunyi" untuk menyembunyikan perbualan.

Dengar Mesej E-Mel

Untuk mendengar mesej e-mel menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

  1. Katakan "E-mel" untuk mengakses e-mel.

  2. Outlook Akses Suara akan membaca nama, subjek, masa dan keutamaan mesej e-mel pertama yang belum dibaca.

  3. Anda boleh mengatakan satu daripada nilai berikut:

    • "Mesej Seterusnya" untuk menanda mesej sebagai Dibaca dan pergi ke mesej e-mel seterusnya.

    • "Tanda Belum Dibaca" untuk menanda mesej sebagai ditanda sebagai belum Dibaca dan pergi ke mesej e-mel seterusnya.

    • "Tamat" untuk melompat ke akhir mesej.

    • "Hapus" untuk menghapus mesej.

Rajah 1   Mendengsr pada msej e-mel menggunakan antara muka pengguna suara

Dengar VUI Mesej E-Mel

Untuk mendengar mesej e-mel menggunakan antara muka nada sentuh, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2:

  1. Tekan 2 untuk mengakses e-mel

  2. Outlook Akses Suara akan membaca nama, subjek, masa dan keutamaan mesej e-mel pertama yang belum dibaca.

  3. Anda boleh tekan satu daripada opsyen berikut:

    • Kekunci (#) untuk menanda mesej sebagai Dibaca dan pergi ke mesej e-mel seterusnya.

    • 9 untuk menanda mesej sebagai ditanda sebagai belum Dibaca dan pergi ke mesej e-mel seterusnya.

    • 38 untuk melompat ke akhir mesej.

    • 7 untuk menghapus mesej.

Rajah 2   Mendengsr pada msej e-mel menggunakan antara muka nada sentuh

Mendengar E-mel dengan Antara Muka Nada Sentuh

Balas pada Mesej E-Mel

Untuk mendengar mesej e-mel dan balas menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3:

  1. Katakan "E-mel" untuk mengakses e-mel.

  2. Katakan "Mesej seterusnya" berulang kali sehingga anda mencapai mesej e-mel yang anda hendak balas.

  3. Dengar pada mesej atau katakan "Tamat" untuk pergi ke akhir mesej

  4. Katakan salah satu daripada berikut:

    • "Balas" untuk menghantar penghantar tersebut.

    • "Balas semua" untuk membalas kepada pengirim dan semua penerima.

    • "Kemukaka" untuk mengemukakan mesej kepada pengguna atau kumpulan lain.

  5. Rakam balasan, dan letak, diam sebentar atau tekan sebarang kekunci. Untuk menerim mesej balas, dan hantar, katakan "Hantarkan".

Rajah 3   Membalas pada mesej e-mel menggunakan antara muka pengguna suara

Membalas E-mel menggunakan VUI

Untuk mendengar mesej e-mel dan balas menggunakan antara muka nada sentuh, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4:

  1. Tekan 2 untuk mengakses e-mel

  2. Tekan # berulang kali sehingga anda mencapai mesej e-mel yang anda hendak balas, dan tekan 9 untuk menandakan mesej sebagai Belum Dibaca.

  3. Dengar pada mesej atau tekan 33untuk pergi ke akhir mesej.

  4. Tekan 8 untuk membalas pada pengirim, tekan 88 untuk membalas kepada pengirim dan semua penerima, atau tekan 6 untuk mengemukakan mesej kepada pengguna lain atau kumpulan.

  5. Rakam balasan, dan tekan #. Untuk menerim mesej balas, dan hantar, tekan 1.

Rajah 4   Membalas pada mesej e-mel menggunakan antara muka nada sentuh

Membalas E-mel menggunakan Antara Muka Nada Sentuh

Mendengar pada Mesej E-mel Seterusnya Yang Belum Dibaca

Untuk mendengar mesej e-mel dan pergi ke mesej belum dibaca seterusnya menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5:

  1. Katakan "E-mel".

  2. Katakan "Belum Dibaca Seterusnya"

  3. Anda boleh mengatakan "Tanda Belum Dibaca" jika anda hendak menanda sebagai Belum Dibaca.

Rajah 5   Membaca pada mesej e-mel belum dibaca seterusnya menggunakan antara muka pengguna suara

Baca E-mel Belum Dibaca yang Berikut

Untuk mendengar mesej e-mel dan pergi ke mesej belum dibaca seterusnya menggunakan antara muka nada sentuh, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6:

  1. Tekan 2 untuk mengakses e-mel

  2. Tekan ## untuk mendengar mesej belum dibaca setetusnya, atau tekan 9 untuk menanda mesej sebagai Belum Dibaca.

Rajah 6   Membaca pada mesej e-mel belum dibaca seterusnya menggunakan antara muka nada sentuh

Baca E-mel Belum Dibaca yang Berikut

Tanda Mesej E-mel untuk Susulan

Untuk mendengar mesej e-mel dan tanda mesej untuk susulan menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7:

  1. Katakan "E-mel" untuk mengakses e-mel.

  2. Katakan "Mesej seterusnya" berulang kali sehingga anda mencapai mesej e-mel yang anda hendak tanda atau susulkan dan tanda "Tanda Belum Dibaca" untuk menanda mesej sebagai Belum Dibaca.

  3. Dengar pada mesej atau katakan "Tamat" untuk pergi ke akhir mesej

  4. katakan "Tandakan" atau "Tandakan susulan" untuk menanda mesej untuk susulan.

Rajah 7   Menanda mesej e-mel untuk susulan menggunakan antara muka pengguna suara

Membenderakan E-mel Untuk Susulan

Untuk mendengar mesej e-mel dan tanda mesej untuk susulan menggunakan antara muka nada sentuh, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8:

  1. Tekan 2 untuk mengakses e-mel

  2. Tekan # berulang kali sehingga anda mencapai mesej e-mel yang anda hendak tanda untuk susulan, dan tekan 9 untuk menandakan mesej sebagai Belum Dibaca.

  3. Dengar pada mesej atau tekan 33untuk pergi ke akhir mesej.

  4. Tekan 0 (kosong) dua kali untuk mengakses lebih banyak opsyen.

  5. Tekan 44 untuk menandakan mesej untuk susulan.

Rajah 8   Menanda mesej e-mel untuk susulan menggunakan antara muka nada sentuh

Membenderakan E-mel untuk Susulan

Sembunyi Perbualan

Untuk mendengar mesej e-mel dan sembunyikan perbualan supaya Outlook Akses Suara tidak meneruskan untuk membaca mesej e-mel lain yang berada dalam perbualan e-mel sama menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda, dan lakukan berikut, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9:

  1. Katakan "E-mel" untuk membuka e-mel.

  2. Katakan "Mesej seterusnya" berulang kali sehingga anda mencapai mesej e-mel yang anda hendak dan katakan "Tanda Belum Dibaca" untuk menanda mesej sebagai Belum Dibaca.

  3. Dengar pada mesej atau katakan "Tamat" untuk pergi ke akhir mesej

  4. Katakan "Sembunyi" atau "Sembunyi perbualan" untuk menyembunyikan perbualan. Mesej e-mel seterusnya akan dibaca.

Rajah 9   Menyembunyikan perbualan menggunakan antara muka pengguna suara

Menyembunyikan Perbualan E-mel

Untuk mendengar mesej e-mel dan sembunyikan perbualan supaya Outlook Akses Suara tidak meneruskan untuk membaca mesej e-mel lain yang berada dalam perbualan e-mel sama menggunakan antara muka pengguna nada sentuh, anda mendail Outlook nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda, dan lakukan berikut, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10:

  1. Tekan 2 untuk mengakses e-mel

  2. Tekan # sehingga anda mencapai mesej e-mel yang anda hendak sembunyi, dan tekan 9 untuk menandakan mesej sebagai Belum Dibaca.

  3. Dengar pada mesej atau tekan 33untuk pergi ke akhir mesej.

  4. Tekan 99 untuk menyembunyikan perbualan. Mesej e-mel seterusnya akan dibaca.

Rajah 10   Menyembunyikan perbualan menggunakan antara muka nada sentuh

Sembunyikan Perbualan E-mel

Nota

Apabila perbualan tersembunyi, ia tersembunyi hanya untuk sesi semasa. Jika anda log keluar dan log masuk pada Outlook Akses Suara, Outlook Web App akan membaca mesej e-mel dalam perbualan yang sama.

Menguruskan Item Kalendar

Anda boleh mendengar, membalas, mencipta, dan mengemukakan item dalam kalendar anda melalui telefon.

Sbagai contoh, anda mempuynai mesyuarat pada pukul 10 pagi. Bagaimanapun, disebabkan tundaan yang tidak dijangkakan, anda akan terlewat 15 minit. Anda boleh memaklumkan hadirin mesyuarat lain bahawa anda akan lewat dengan menghubungi nombor telefon untuk Outlook Akses Suara dan mengakses senarai mesyuarat untuk hari itu dalam kalendar anda. Selepas Outlook Akses Suara membaca ajak mesyuarat untuk mesyuarat 10 pagi, anda boleh menggunakan ciri "Saya akan terlewat" untuk memaklumkan semua hadirin mesyuarat bahawa anda akan lewat 15 minit. Setiap hadirin akan menerima mesej e-mel memaklumkan anda akan terlewat 15 minit. Anda juga mempunyai opsyen untuk melampirkan mesej mel suara.

Dalam contoh lain, anda mungkin mempunyai pelanggan penting yang membuat keputusan untuk menjadulakan mesyuarat satu hari dengan pemberitahuan singkat. Anda perlu membatalkan semua mesyuarat anda yang lain untuk hari itu dengan cara paling mudah. Dengan menggunakan ciri "Kosongkan kalendar saya", anda boleh mengosongkan dengan pantas dan mudah kalendar anda untuk satu hari.

Hantar Mesej Saya Akan Lewat

Untuk menghantar mesej "Saya akan terlewat" kepada peserta mesyuarat dengan menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11:

  1. Katakan "Kalendar untuk hari ini"'

  2. Mendengar pada ajak mesyuarat.

  3. Selepas ajak mesyuarat telah dibaca, katakan "Saya akan terlewat".

  4. Apabila Outlook akses suara bertanya "berapa lama?", katakan, sebagai contoh, "10 minit" jika anda terlewat 10 minit untuk mesyuarat anda.

  5. Apabila Outlook Web App bertanya "Adakah anda hendak merakam mesej?", katakan "Ya". Rakam mesej, dan katakan "Hantarkan".

Rajah 11   Menghantar mesej "Saya akan terlewat" menggunakan antara muka pengguna suara

Hantar Saya Akan Lewat

Untuk menghantar mesej "Saya akan terlewat" kepada peserta mesyuarat dengan menggunakan antara muka nada suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12:

  1. Tekan 3 untuk mengakses kalendar anda

  2. Mendengar pada ajak mesyuarat untuk mencari mesyuarat yang akan dihantar mesej "Saya akan terlewat".

  3. Selepas ajak mesyuarat telah dibaca, tekan 3.

  4. Apabila Outlook Akses suara mel suara bertanya "Berapa lama?" masukkan 10 pada pad kekunci telefon.

Rajah 12   Menghantar mesej "Saya akan terlewat" menggunakan antara muka nada sentuh

Hantar Mesej Saya Akan Lewat

Batalkan Mesyuarat

Untuk membatal mesyuarat, anda perlu menjadi pengatur mesyuarat. Untuk membatalkan mesyuarat menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13:

  1. Katakan "Kalendar untuk hari ini" untuk mengakses kalendar anda.

  2. Mendengar pada ajak mesyuarat.

  3. Selepas ajak mesyuarat telah dibaca, katakan "Batalkan mesyuarat".

  4. Sahkan pembatalan mesyuarat dengan mengatakan "Ya".

  5. Selepas Outlook Akses Suara bertanya sama ada pengatur mesyuarat hendak melampirkan mesej yang dirakamkan, katakan "Ya". Rakam mesej, dan katakan "Hantarkan".

Rajah 13   Membatalkan mesyuarat menggunakan antara muka pengguna suara

Membatalkan Mesyuarat

Untuk membatal mesyuarat, anda perlu menjadi pengatur mesyuarat. Untuk membatalkan mesyuarat menggunakan antara muka nada sentuh, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14:

  1. Tekan 3 untuk mengakses kalendar anda

  2. Mendengar pada ajak mesyuarat untuk mencari mesyuarat untuk membatal.

  3. Tekan 7 untuk membatalkan mesyuarat.

  4. Jika anda memilih untuk menghantar mesej suara, anda boleh menekan salah satu opsyen berikut:

    • # untuk menghentikan rakaman mesej.

    • 1 untuk menerima mesej yang dirakam.

Rajah 14   Membatalkan mesyuarat menggunakan antara muka nada sentuh

Membatalkan Mesyuarat

Bersihkan Kalendar

Untuk mengosongkan kalendar anda menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15:

  1. Katakan "Kalendar untuk hari ini" untuk mengakses kalendar anda.

  2. Katakan "Bersihkan Kalendar Saya".

  3. Masukkan masa atau bilangan hari untuk dikosongkan.

  4. Selepas Outlook Akses Suara bertanya sama ada anda hendak melampirkan mesej suara dirakam, katakan "Ya", rakam mesej dan katakan "Hantarnya". Jika anda tidak mahu menghantar mesej suara dirakamkan dilampirkan katakan "Tidak".

Rajah 15   Mengosongkan kalendar menggunakan antara muka pengguna suara

Kosongkan Kalendar Saya

Untuk mengosongkan kalendar anda menggunakan antara muka nada sentuh, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 16:

  1. Tekan 3 untuk mengakses kalendar anda

  2. Tekan 00 untuk pergi ke menu Lebih Banyak Opsyen.

  3. Tekan 77 untuk mengosongkan kalendar anda

  4. Masukkan bilangan jam untuk mengosongkan daripada kalendar.

  5. Anda boleh merakam mesej suara untuk melamporkan apabila digesa. Tekan # untuk menghentikan rakaman mesej, dan tekan 1 untuk menerima mesej yang dirakamkan.

  6. Jika anda tidak mahu menghantar mesej suara, tekan #.

Rajah 16   Mengosongkan kalendar menggunakan antara muka nada sentuh

Kosongkan Kalendar Saya

Terima Ajak Mesyuarat

Untuk menerima ajak mesyuarat menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 17:

  1. Katakan "E-mel" untuk mengakses e-mel anda.

  2. Mendengar pada mesej e-mel yang mengandungi ajak mesyuarat.

  3. Katakan "Terima" untuk menerima ajak mesyuarat.

Rajah 17   Menerima ajak mesyuarat menggunakan antara muka pengguna suara

Menerima Permintaan Mesyuarat

Untuk menerima ajak mesyuarat menggunakan antara muka nada pengguna, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 18:

  1. Tekan 2 untuk mengakses e-mel anda

  2. Mendengar pada mesej e-mel yang mengandungi ajak mesyuarat.

  3. Tekan 4 untuk menerima ajak mesyuarat.

Rajah 18   Menerima ajak mesyuarat menggunakan antara muka nada pengguna

Menerima Permintaan Mesyuarat

Balas pada Ajak Mesyuarat

Untuk balas ajak mesyuarat menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 19:

  1. Katakan "Kalendar untuk hari ini"'

  2. Mendengar pada ajak mesyuarat untuk mencari ajak mesyuarat untuk membalas.

  3. Katakan "Lebih banyak opsyen" untukmembuka menu Lebih Banyak Opsyen.

  4. Katakan "Balas" untuk membalas kepada pengatur mesyuarat.

  5. Rakam mesej.

  6. Katakan "Hantarkannya"

Rajah 19   Membalas pada ajak mesyuarat menggunakan antara muka pengguna suara

Membalas permintaan Mesyuarat

  1. Untuk membalas ajak mesyuarat menggunakan antara muka nada pengguna, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 20:

  2. Tekan 3 untuk mengakses kalendar anda

  3. Mendengar pada ajak mesyuarat untuk mencari ajak mesyuarat untuk membalas.

  4. Tekan 00 untuk lebih banyak opsyen.

  5. Tekan 8 untuk membalas kepada pengatur mesyuarat.

  6. Rakam mesej, dan tekan #.

  7. Tekan 1 untuk menerima rakaman dan hantar mesej.

Rajah 20   Membalas pada ajak mesyuarat menggunakan antara muka nada pengguna

Membalas permintaan Mesyuarat

Menguruskan Opsyen Peribadi dan Orang hubungan

Anda boleh menguruskan opsyen peribadi anda dan orang hubungan dengan menggunakan Outlook Akses Suara. Anda boleh:

  • Hubungi Orang hubungan peribadi

  • Cari dan Hubungi seseorang dalam direktori

  • Konfigurasi opsyen peribadi, seperti menukar PIN anda melalui telefon.

Apabila anda mula mengakses peti mel anda dan menyediakan mel suara, anda digesa untuk mencipta sapaan peribadi dan Luar Pejabat yang didengari oleh pemanggil apabila anda tidak dapat menjawab telefon anda. Sekiranya, sebagai contoh, anda menyedari bahawa anda elupa menghidupkan sapaan suara Luar pejabat yang akan memberikan pemanggil nombor alternatif untuk dihubungi jika mereka mempunyai isu segera, anda boleh menggunakan Outlook Akses Suara untuk mengakses opsyen peribadi anda dan merakam dan menghidupkan sapaan Luar pejabat daripada telefon.

Jika anda perlu menghubungi pengurus akaun dengan maklumat penting mengenai pelanggan, anda obleh menghubungi nombor yang digunakan untuk Outlook Akses Suara, gunakan ciri carian direktori uuntuk mencari pengurus akaun, dan membuat panggilan.

Nota

Apabila anda mengakses menu Opsyen Peribadi, anda perlu menggunakan antara muka nada sentuh.

Rakam Sapaan Peribadi

Untuk merakam sapaan peribadi menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 21:

  1. Katakan "Opsyen peribadi" untuk mengakses Opsyen Peribadi.

  2. Tekan 2 untuk merakan sapaan.

  3. Tekan 1 untuk merakam Sapaan Peribadi Anda

  4. Tekan # untuk berhenti merakam Sapaan Peribadi Anda

  5. Jika anda perlu merakam semula sapaan peribadi anda, tekan 2.

  6. Tekan 1 untuk menerima Sapaan Peribadi Anda

Rajah 21   Merakam sapaan peribadi menggunakan antara muka pengguna suara

Rakam Sapaan Peribadi Anda

  1. Untuk merakam sapaan peribadi menggunakan antara muka nada sentuh, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 22:

  2. Tekan 6 untuk mengakses opsyen peribadi.

  3. Tekan 2 untuk merakan sapaan.

  4. Tekan 1 untuk merakam Sapaan Peribadi Anda

  5. Tekan 2 untuk merakam semula Sapaan Peribadi Anda

  6. Tekan # untuk berhenti merakam Sapaan Peribadi Anda

  7. Tekan 1 untuk menerima Sapaan Peribadi Anda

Rajah 22   Merakam sapaan peribadi menggunakan antara muka nada sentuh

Rakam Sapaan Peribadi Anda

Nota

Apabila anda menukar sapaan telefon anda, anda juga diberikan pilihan untuk mematikan atau menghidupkan balasan automatik e-mel.

Hantar Mesej Suara kepada Pengguna

Anda boleh mencari dan menghantar mesej suara kepada pengguna lain Untuk menghantar mesej suara kepada pengguna lain dengan menggunakan antara muka pengguna suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 23:

  1. Katakan "Direktori"

  2. Katakan nama orang untuk dicari.

  3. Pilih orang yang betul daripada senarai.

  4. Katakan "Hantar mesej," dan kemudian rakam mesej suara.

  5. Katakan "Hantarkannya" untuk menghantar mesej.

Rajah 23   Menghantar mesej suara kepada pengguna lain dengan menggunakan antara muka pengguna suara

Hantar Mesej Suara kepada Pengguna

  1. Anda boleh mencari dan menghantar mesej suara kepada pengguna lain Untuk menghantar mesej suara kepada pengguna lain dengan menggunakan antara muka nada suara, dail Outlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 24:

  2. Tekan 4 untuk mencari orang hubungan

  3. Tekan 00 untuk mencari orang dalam direktori

  4. Eja nama orang untuk mencari dengan menggunakan pad kekunci telefon.

  5. Pilih orang yang betul daripada senarai.

  6. Tekan 3 untuk menghantar mesej suara pada orang.

  7. Rakam mesej suara, dan tekan # untuk berhenti merakam.

  8. Tekan 1 untuk menerima mesej suara dan hantar mesej.

Rajah 24   Menghantar mesej suara kepada pengguna lain dengan menggunakan antara muka nada sentuh

Hantar Mesej Suara kepada Pengguna

Tukar PIN anda

Untuk menukar PIN anda menggunakan antara muka pengguna suara dailOutlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 25:

  1. Katakan "Opsyen Peribadi".

  2. Tekan 3 untuk menukar PIN.

  3. Masukkan PIN baru, dan tekan #.

  4. Tekan # untuk mengesahkan PIN baru.

Rajah 25   Menukar PIN menggunakan antara muka pengguna suara

Ubah PIN

  1. Untuk menukar PIN anda menggunakan antara muka pengguna suara dailOutlook Nombor telefon akses suara, masukkan PIN anda dan lakukan perkara berikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 26:

  2. Tekan 6 untuk menukar opsyen peribadi.

  3. Tekan 3 untuk menukar PIN.

  4. Masukkan PIN baru, dan tekan #.

  5. Tekan # untuk mengesahkan PIN baru.

Rajah 26   Menukar PIN menggunakan antara muka nada dering

Ubah PIN

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Jika anda menghapuskan mesej akhir dalam peti masuk anda menggunakan Outlook akses suara, anda tidak akan dapat menyah hapus mesej. Jika anda perlu mengakses mesej e-mel selepas anda menghapuskannya menggunakan Outlook akses Suara, anda boleh menggunakan Outlook Web App atau Outlook untuk mengalihkan mesej e-mel kembali ke folder sewajarnya daripada folder Item yang dihapuskan. Anda tidak boleh menggunakan Outlook Akses Suara untuk mengakses folder item yang dihapuskan.

  • Anda tidak boleh menukar bahasa yang Outlook Voice Access gunakan untuk bercakap dengan anda dan untuk membalas kepada anda semasa anda bercakap dengannya. Sistem mel suara akan cuba mencari dan menggunakan padanan terbaik untuk bahasa yang anda pilih semasa pertama kali, anda mendaftar masuk ke Outlook Web App atau bahasa yang anda telah pilih pada tab dalam Outlook Web App. Jika bahasa yang anda pilih tidak disokong oleh Outlook Voice Access, sistem mel suara akan menggunakan bahasa yang sama yang pemanggil dengar semasa mereka digesa untuk meninggalkan mesej suara kepada anda.

  • Panduan Mula Pantas Akses Suara Outlook termasuk gambaran grafik semua Outlook opsyen menu Akses Suara dan cara untuk menavigasikan sistem menu. Untuk memuat turun salinan Panduan Mula Pantas, lihat Microsoft Download Center.

  • Anda boleh menggunakan Outlook Akses Suara untuk menghantar mesej suara, mesej e-mel atau ajak mesyuarat. Anda boleh menghantar atau mengemukakan mesej atau ajak mesyuarat kepada mana-mana yang berikut:

    • Orang dalam folder Orang Hubungan peribadi anda

    • Orang dalam buku alamat dikongsi organisasi anda

    • Kumpulan yang anda telah cipta dalam folder Orang Hubungan peribadi anda

    • Kumpulan umum termasuk dalam buku alamat dikongsi organisasi anda